Saturday 6 February 2016

Misteri Highland Towers

misteri highland tower
Highland Towers adalah 3 blok kondominium yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Highland Towers sudah menjadi bangunan yang terbengkalai setelah salah satu bangunannya runtuh pada 11 Disember 1993. Tragedi runtuhan yang menyebabkan 48 orang terkorban itu adalah tragedi bangunan runtuh dan terburuk selepas pembentukan Malaysia (bukan selepas kemerdekaan Malaysia, sila kaji balik sejarah Malaysia,).

Menurut beberapa krew pasukan paranormal, Highland Towers dipercayai menjadi tempat tinggal jin atau makhluk halus. Highland Towers juga dianggap salah satu tempat yang paling berhantu di Malaysia.

Walaupun kebenaran aktiviti-aktiviti paranormal di Highland Towers masih lagi misteri, agak ramai yang mendakwa pernah diganggu makhluk halus yang menetap di Highland Towers.

Cerita-cerita seram di Highland Towers semakin lama semakin popular sehingga David Teo menerbitkan filem bertajuk "Highland Towers" arahan Pierre Andre.

Ketika dalam penggambaran filem yang berlangsung selama 5 hari tersebut, pelakon Shima Anuar mendakwa dirasuk pada waktu maghrib pada hari pertama penggambaran ketika sedang mengambil di sekitar kawasan itu.

Bloggers juga tidak lepas untuk berkongsi cerita seram daripada pengalaman mereka dan orang lain. Salah satu cerita adalah tentang kelibat dua lelaki berserban dan berjubah putih sedang menggoncang dinding blok 1 di Highland Towers sambil diiringi bacaan al-Quran daripada dua makhluk berkenaan.

Ada juga cerita di mana seorang pemandu teksi telah ditumpang oleh bekas penghuni Highland Tower yang dipercayai adalah hantu. Walaupun tiada kecederaan, namun ia pasti meninggalkan kesan yang mendalam kepada pemandu teksi tersebut.

Selain itu, ada juga cerita tentang sekumpulan 4 orang pemuda yang melawat Highland Towers. Kononnya, mereka telah berpecah untuk berjalan sambil mengambil gambar lalu berkumpul semula di tempat kereta diletakkan setelah kira-kira 20 minit.

Mereka kemudiannya meninggalkan tempat itu namun terdapat satu keganjilan terhadap rakan mereka, Afiq, di mana dia langsung tidak bercakap.

Apabila berada di sebuah restoran, Afiq dikatakan langsung tidak makan dan hanya memandang lantai. Kemudian, salah seorang daripada rakan mereka menerima panggilan daripada nombor Afiq, sedangkan Afiq yang berada di sebelah mereka langsung tidak memegang telefon bimbit.

Apabila mereka mengesahkan pemanggil itu adalah Afiq yang sebenar, mereka segera beredar untuk menjemput Afiq yang sebenar di Highland Towers dan diikuti oleh makhluk atau hantu yang menyerupai Afiq tadi (mungkin dia nak pulang).

Setelah sampai semula di Highland Towers, makhluk atau hantu tadi segera turun sejurus kereta mereka sampai manakala Afiq yang sebenar tidak sempat melihat kejadian tadi namun, sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta, mereka segera memecut dan menceritakan kejadian seram tadi kepada Afiq.


Image from www.thestar.com.my [via google search images]