Monday 7 March 2016

Kisah Ratu Bloody Mary

ratu bloody mary
Pernah kah anda mendengar permainan memanggil hantu yang dinamakan Bloody Mary?

Banyak kisah dan legenda mengenai Bloody Mary yang sebenar. Ada yang mengatakan Bloody Mary adalah budak perempuan, ada yang mengatakan Bloody Mary adalah pengamal ilmu hitam dan ada yang mengatakan, hantu Bloody Mary sebenarnya adalah bekas seorang Ratu pertama England, iaitu Mary I.

Jika dibaca balik sejarah, Ratu England dan Ireland, Mary I sememangnya digelar "Bloody Mary" kerana kezalimannya terhadap protestan (penganut mazhab Protestanisme dari agama Kristen). Ayuh kita baca sejarah Ratu Mary, a.k.a Bloody Mary.

Mary I, adalah anak kepada King Henry VIII dan Catherine of Oregon. Dia dilahirkan di Palace of Placentia (Istana Placentia) di Greenwich, England pada 18 Februari 1516.

Dipendekkan cerita, Mary I mula mendapat takhta pada tahun 1553 walaupun takhta sepatutnya turun kepada adiknya Edward VI selepas kematian King Henry VIII.

Edward VI mati pada tahun 1553, kerana sakit (mungkin juga kerana diracun). Sebelum itu, Edward VI enggan menurunkan takhta kepada Mary I kerana risau dia akan mengembalikan ajaran Roman Katolik. Dia juga bersetuju untuk menyingkirkan kakaknya, Elizabeth I yang lebih muda daripada Mary I daripada mendapat takhta selepas dinasihatkan oleh para penasihatnya.

Akhirnya, takhta diwariskan kepada Lady Jane Grey, sepupu kepada Mary I. Namun, ia mendapat tentangan, tambahan lagi Mary I dan Elizabeth I mendapat semula hak terhadap takhta kerana perbuatan Edward sebelum ini bertentangan dengan Akta Perwarisan.
Mary mendapat ramai penyokong menentang Lady Jane Grey dan akhirnya berjaya menyingkirkannya. Mary I ditabalkan sebagai Ratu England dan Ireland pada 30 November 1553.

Mary I mula mendapat gelaran Ratu Bloody Mary buat pertama kali apabila dia menghukum bunuh Lady Jane Grey dan suaminya kerana risau mereka akan menetang.

Gelaran Ratu Bloody Mary semakin bersesuaian apabila Mary I sanggup membunuh protestan-protestan termasuklah John Rogers a.k.a Thomas Matthews, pencetak "Matthews-Tyndale Bible" kemudian diikuti dengan Thomas Cranme yang mencetak "Great Bible". Kemudian, beratus lagi menjadi mangsa kekejaman Ratu Bloody Mary yang pasti tidak akan dilupakan di dalam sejarah. Terdapat juga kisah di mana Bloody Mary membakar manusia.

Ratu Bloody Mary berkahwin dengan Philip II dari Sepanyol. Namun, kisah perkahwinan Ratu Mary dengan Philip tidak begitu terkenal.

Pada tahun 1554, Ratu Bloody Mary terputus haid. Dia juga mula menunjukkan tanda-tanda hamil. Namun, dia tidak pernah melahirkan seorang bayi. Perkara seperti ini berulang beberapa kali. Terdapat satu kisah di mana Ratu Mary menyangka dia benar-benar hamil namun akhirnya, perutnya mulai surut seolah-olah melepaskan angin (bukan kentut jilake).

Ratu Bloody Mary sangat kecewa dan tertekan kerana kehamilan palsu yang dihidapinya. Suaminya, Philip II pula meninggalkan England untuk memimpin tenteranya menentang tentera Peranchis. Tekanan Mary semakin bertambah dan menganggapnya sebagai balasan Tuhan (kotoh).

Philip II melawat sang Ratu Bloody Mary pada 1557 dan sekali lagi, dia mendapat tanda-tanda hamil. Mary menjangkakan anaknya akan lahir dalam Mac 1558 namun apabila Mac 1558, bayi yang disangka akan lahir tidak ada. Bloody Mary jatuh sakit pada Mei 1558 disyaki disebabkan kanser rahim atau ovari.

Akhirnya, Ratu Bloody Mary menghembuskan nafas terakhir pada 17 November 1558. Takhtanya diganti oleh adiknya, Elizabeth I. Elizabeth I yang memerintah lebih hebat berbanding Mary (nanti admin post artikel pasal dia ni) segera memperbaiki kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh Mary I a.k.a Bloody Mary sebaik sahaja dia ditabal sebagai Ratu.

Info tambahan, Ratu Mary I yang digelar Bloody Mary adalah pemerintah wanita England dan Ireland yang pertama. Dia juga sering disalah sangka dengan sepupunya, Queen Mary of Scots.#tamat

Artikel Berkaitan..




Sumber dan Rujukan : wikipedia , www.greatsite.com

Sumber Gambar : wikipedia (dilukis oleh Hans Eworth)