Monday 1 May 2017

Info Mengenai Siapakah Ed dan Lorraine Warren

kisah sebenar biodata ed dan lorraine warren
Mesti anda tertanya-tanya siapakah Ed dan Lorraine Warren yang menjadi watak utama dalam filem-filem seram seperti The Conjuring, The Amityville Horror dan lain-lain yang juga merupakan daripada kisah benar. Ed dan Lorraine Warren secara ringkasnya adalah penyiasat aktiviti paranormal dan hal-hal berkaitan iblis dan syaitan.

Ed Warren.

Nama sebenar beliau adalah Edward "Ed" Warren Miney dan lahir pada tarikh 7 September 1926 di Bridgeport, Connecticut. Dia adalah seorang penyiasat paranormal, pelukis dan penulis dan merupakan sebahagian daripada organisasi Persatuan Pengkajian Psikik New England (New England Society for Psychic Research) yang diasaskan pada tahun 1952. Ed Warren juga pernah berkhidmat di dalam Tentera Laut Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Kedua dan juga pernah menjadi seorang anggota polis.

Lorraine Warren.


Nama sebenar beliau adalah Lorraine Rita Moran (Warren setelah perkahwinan) dan lahir pada 31 Januari 1927 juga di Bridgeport, Connecticut. Juga seorang penulis dan penyiasat paranormal dan merupakan ahli Persatuan Pengkajian Psikik New England. Dia adalah seorang wanita yang mempunyai kelebihan psikik dan mampu melihat sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Lorraine Warren juga boleh mendapat sesuatu maklumat mengenai sesuatu objek, orang, tempat, kejadian melalui persepsi luar indera. Kelebihan ini dipanggil "Clairvoyance" dalam bahasa Inggeris.

Info-info Lain Mengenai The Warrens.

Ed dan Lorraine Warren adalah pengasas Persatuan Pengkajian Psikik New England (N.E.S.P.R) yang merupakan kumpulan pemburu hantu tertua di New England. Mereka telah menghasilkan pelbagai buku mengenai paranormal dan siasatan peribadi terhadap pelbagai laporan aktiviti paranormal. Dikatakan mereka telah menyiasat lebih daripada 10,000 kes paranormal sepanjang kerjaya mereka. Menurut mereka, N.E.S.P.R berkerjasama dengan pelbagai individu termasuklah doktor medik, penyiasat, pegawai polis,, jururawat, pelajar kolej dan golongan paderi dalam siasatan paranormal mereka.

Siasatan-siasatan The Warrens yang Diketahui Ramai.

Ed dan Lorraine Warren menyiasat banyak kes iaitu lebih 10,000 kes seperti yang dinyatakan tadi. Namun, terdapat beberapa kes yang disiasat mereka yang terkenal iaitu...

1. Annabelle.

Menurut mereka, pada tahun 1970, dua rakan sebumbung mendakwa patung Raggedy Ann yang dimiliki mereka dirasuk oleh roh gadis muda bernama Annabelle Higgins. The Warrens ambil patung itu dan memberitahu mereka yang patung itu sebenarnya dimanipulasikan oleh mahkluk bukan manusia. Kini, patung tersebut berada di muzium mereka yang dinamakan Occult Museum atau Muzium Ghaib (bukan betul-betul 'ghaib').

Pada tahun 2014, filem Annabelle arahan John R. Leonetti yang mungkin kononnya tentang sejarah patung tersebut dan juga muncul di dalam beberapa babak dalam filem The Conjuring 2 2013.

2. Keluarga Perron.

Pada tahun 1971, Ed dan Lorraine Warren mendakwa Harrisvile, Rhode Island, di tempat tinggal keluarga Perron telah dihantui oleh seorang ahli sihir yang tinggal di sana ketika awal abad ke-19. Menurut mereka lagi, Bathsheba Sherman menyumpah sesiapa sahaja yang tinggal di tanah itu akan mati. Pemilik semasa rumah tempat tinggal keluarga Perron juga ada melakukan kajiannya sendiri bersama beberapa orang dan menyangkal cerita-cerita berkaitan ilmu sihir dan kematian tragik di rumah itu.

Walaubagaimanapun, kes ini menjadi subjek utama dalam filem The Conjuring (2013) di mana Lorraine Warren sendiri ada memegang peranan cameo.

3. Amityville.
Pasangan suami isteri ini mungkin paling dikenali di dalam penglibatan mereka dengan kes Amityville Horror pada tahun 1976. Di dalam kes ini, pasangan suami isteri George dan Kathy Lutz mendakwa rumah mereka dihantui oleh sesuatu 'kehadiran' yang bersifat kejam dan kuat sehingga memaksa mereka pindah keluar dari rumah tersebut.

Penulis The Amityville Horror Conspiracy, Stephen dan Roxanne Kaplan mendakwa kes ini hanyalah rekaan atau palsu manakala Lorraine Warren mendakwa sebaliknya. Kes ini menjadi diadaptasi untuk buku The Amityville Horror pada tahun 1977 dan filem tahun 1979 dan 2005 dengan tajuk yang sama manakala cerita Ed dan Lorraine Warren dalam kes ini juga muncul sebagai babak awal di filem The Conjuring 2 (2016)

Walaubagaimanapun, menurut Benjamin Radford, cerita ini disangkal oleh saksi, siasatan dan bukti forensik. Pada tahun 1979, peguam bernama William Weber memberi laporan menyatakan dia, Jay Anson dan lain-lain yang terlibat 'mencipta' kisah seram ini melalui "banyak botol wain".

4. Enfield Poltergeist.

Pada akhir 1970an, pasangan Warren menyiasat kes paranormal yang melibatkan sebuah keluarga di utara London dan mendakwa mereka dihantui oleh aktiviti "poltergeist", sejenis gangguan paranormal yang melibatkan objek atau seseorang terapung, cubitan, serangan, gigitan, pukulan dan lain-lain yang bersifat paranormal. Walaupun penglibatan pasangan Warren dalam kes ini sangat sedikit, namun mereka menjadi watak utama dalam filem The Conjuring 2 (2016) yang mana merupakan sempena daripada kes ini.

5. Iblis atau Syaitan.

Pada tahun 1981, Anne Johnson dituduh menuduh tuan tanah, Alan Bono. Ed dan Lorraine Warren dipanggil sebelum pembunuhan untuk menyelesaikan kes kerasukan terhadap adik lelaki kepada tunang Anne Johnson. Pasangan Warren kemudian mendakwa Anne juga dirasuk. Di mahkamah, Anne cuba mempertahankan dirinya atas alasan kerasukan namun tidak berjaya. Kes ini dihuraikan di dalam buku tahun 1983 The Devil in Connecticut oleh Gerald Brittle.

Itu adalah antara kes-kes mereka yang diadaptasi ke dalam filem dan buku. Ed dan Lorraine juga ada muncul di beberapa media namun jelas sekali kemunculan Lorraine Warren lebih banyak berbanding Ed. Kes-kes mereka juga banyak diadaptasi menjadi filem seperti The Conjuring, Annabelle, Conjuring 2, Amityville Horror dan lain-lain.

Sedikit pengetahuan, pada 23 Ogos 2006, Ed Warren menghembuskan nafas terakhirnya di Monroe, Connecticut pada usia 79 tahun.

Sumber gambar : www.the-line-up.com