Thursday, 13 July 2017

8 Patung Berhantu Yang Seram Dari Pelbagai Negara

patung berhantu seram
Patung adalah antara objek yang sering dikaitkan dengan hal-hal mistik. Patung menjadi berhantu apabila ia dijadikan objek sembahan atau dikenakan sumpahan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Ada juga kes patung berhantu yang kononnya menjadi punca kes kematian atau kehilangan walaupun hakikatnya masih misteri.

Anda diingatkan agar menjauhi amalan-amalan ilmu ghaib apatah lagi apabila berkaitan sembahan dan sumpahan. Jadikan cerita-cerita yang lepas sebagai pengajaran.

1. Patung Annabelle.
patung berhantu annabelle
sumber gambar
Anda pasti sudah menonton filem The Conjuring dan Annabelle bukan? Patung Annabelle pada hakikatnya tidaklah kelihatan begitu menakutkan secara fizikal tidak sepertimana yang digambarkan dalam filem Hollywood. Namun, kisah-kisah dan sumpahan patung ini begitu mencabar.

Patung Annabelle yang sebenar adalah patung Raggedy Ann yang pernah dimiliki oleh seorang wanita yang dikatakan mula mengancam nyawa bekas pemiliknya sebelum diserahkan kepada pasangan Warren. Menurut mereka (The Warrens), patung ini tidak dirasuk sebaliknya sebagai alat untuk menakutkan manusia semata-mata. Namun, ia tetap dikelilingi entiti jahat sehingga menyebabkan mereka membina sebuah peti kaca untuk menyimpan patung Annabelle.

Patung ini sekarang berada di Occult Museum (Muzium Occult) yang dimiliki oleh Lorraine dan mendiang suaminya. Menurut mereka, patung ini hendaklah kerap dikenakan dengan air suci oleh paderi agar ia dapat dikawal.

[Berkaitan: Kisah Sebenar Patung Annabelle]

2. Patung Robert.
patung berhantu robert
sumber gambar
Robert adalah inspirasi untuk patung Chucky. Menurut kisah di sebalik patung ini, kononnya Robert Otto adalah anak kepada Thomas Otto yang memiliki sebuah patung yang juga bernama Robert. Disebabkan nama mereka sama, maka Robert Otto memilih untuk dipanggil sebagai "Gene". Gene meninggal dunia tidak lama selepas kematian isterinya. Adakah kematian mereka berkaitan dengan patung Robert? Itu masih misteri...

Patung Robert adalah contoh patung berhantu yang disebabkan oleh amalan ilmu ghaib. Kononnya patung ini dihadiahkan kepada Gene daripada salah seorang orang gaji keluarga Otto yang dipecat kerana tertangkap melakukan amalan ilmu ghaib. Ada pendapat mengatakan yang dia sengaja menghadiahkan patung itu untuk membalas dendam kepada keluarga Otto.

<KLIK SINI UNTUK KONGSIKAN KE FACEBOOK>

Dikatakan patung ini pernah hampir mencederakan sebuah keluarga yang berpindah ke rumah yang pernah dimiliki oleh keluarga Otto. Sekarang, patung Robert berada di Muzium East Mortello di Key West. Kononnya, siapa yang hendak mengambil gambarnya, hendaklah meminta kebenaran. Jika ia mengangguk atau bergerak sedikit, maka anda dibenarkan. Jika tidak, jangan sesekali mengambil gambarnya atau anda akan terkena sumpahan.

[Berkaitan: Kisah Sebenar Patung Chucky A.K.A Robert The Doll]

3. Letta si Patung Gipsi.
patung hantu letta
sumber gambar
...atau dengan nama Inggerisnya, Letta the Gypsy Doll. Pada tahun 1972, Kerry Walton mengunjungi sebuah bangunan yang ditinggalkan atas sebab ingin menghadapi ketakutan zaman kanak-kanaknya yang menganggunya selama bertahun-tahun. Di sana, dia telah menemui sebuah boneka yang terletak di bawah anjung lalu membawanya pulang.

Beberapa orang percaya, boneka itu dihasilkan oleh seorang gipsi dari Rom dua ratus tahun dahulu untuk anaknya. Dipercayai, roh anak pencipta boneka itu sedang menduduki boneka tersebut.

Boneka ini dinamakan Letta atau Ledda, sebagai warisan gipsi Eropah. Terdapat khabar angin mengatakan yang Letta bergerak dengan sendirinya, menukar posisi apabila didudukkan, dan dikatakan pernah berdenyut ketika dipegang. Malah, ia juga dikatakan menyebabkan cuaca bertukar menjadi hujan apabila dibawa keluar. Boneka ini juga mempunyai rambut manusia sebenar.

Haiwan-haiwan seperti anjing sering mencuba untuk menyerang boneka ini. Mereka yang pernah melihat Letta dapat merasai ketakutan dan kesedihan daripada boneka ini.

Sehingga ke hari ini, Kerry Walton masih menyimpan boneka atau patung ini.

4. Patung Zombie Voodoo.
patung voodoo zombie
sumber gambar
Patung Zombie Voodoo atau Voodoo Zombie Doll pada asalnya dibuat di New Orleans dan dijual kepada seorang wanita di Galveston, Texas pada tahun 2004 menerusi laman sesawang eBay. Penjual patung ini pada awalnya sudah menetapkan yang patung ini "sangat aktif" dan "hampir hidup". Patung ini sampai ke pembeli iaitu wanita tersebut di dalam sebuah peti logam bersama senarai peraturan untuk memiliki patung ini.  Antara peraturannya ialah tidak boleh mengeluarkannya daripada petinya.

Seperti yang anda boleh duga, wanita tersebut melanggar peraturan itu dengan mengeluarkannya daripada sarungnya. Setelah melanggar peraturan yang paling penting itu, wanita tersebut mendakwa patung itu menghantuinya di dalam mimpi dan ia menyerangnya berulang-kali. Dia cuba menjualnya semula di eBay banyak kali. Namun, setiap kali dia berjaya menjualnya, pembeli baru tidak akan menerima patung itu sebaliknya hanyalah peti kosong di depan pintu rumah manakala patung berhantu itu pula akan muncul semula di rumahnya seolah-olah ia tidak pernah dihantar sebelumnya.

Walaubagaimanapun, wanita itu akhirnya berjaya menyerahkan patung itu kepada seorang pemburu hantu setelah bertahun-tahun yang sehingga kini masih memilikinya. Tetapi, entiti-entiti jahat masih tidak menyerah kalah kepada wanita itu.

5. Patung Bayi Syaitan.
patung bayi syaitan
sumber gambar
Versi baru patung-patung yang mirip bayi syaitan mula muncul di New Orleans sekitar awal abad ke-20. Ramai orang yang membeli patung ini mendakwa yang ia jahat. Ada yang mendakwa mata patung ini akan mengekori pergerakan pemilik. Ada juga yang mendakwa patung berhantu ini mampu bercakap dan bergerak dengan sendirinya. Versi-versi baru patung ini akan mempunyai label amaran kepada pemilik yang ia berhantu dan akan menyebabkan masalah.

Persoalan penulis: Tidak peduli siapa dan kenapa ia dijual. Tetapi mengapa ada yang sanggup membeli sedangkan ia hanya mengundang masalah?

6. Patung Pupa.
sumber gambar
Pupa adalah sebuah patung yang dibuat dalam tahun 1920an. Rupa dan rekaan patung Pupa sengaja dibuat berdasarkan seorang perempuan yang juga adalah pemiliknya. Rambut patung ini adalah rambut manusia sebenar yang diambil daripadanya pemiliknya. Pemilik patung ini mendakwa Pupa boleh bercakap kepadanya dan menegaskan yang ia adalah entiti hidup. Malah, keluarganya juga menyedari yang Pupa kelihatan seolah-olah bernyawa di dalam gambar. Kadang-kadang, mereka tidak dapat membuang atau memadam Pupa daripada pemiliknya di dalam gambar-gambar yang diambil.

<KLIK SINI UNTUK KONGSIKAN KE FACEBOOK>

Pupa kemudian disimpan di dalam sebuah bekas sahaja setelah pemiliknya meninggal dunia pada tahun 2005. Namun, dikatakan yang Pupa ada kalanya menukar posisi dan pernah beberapa kali ia berjaya mengeluarkan diri daripada bekas kaca tersebut. Ia juga akan menggerakkan objek-objek di dalam bekasnya. Kononnya ia melakukan perbuatan tersebut kerana merasa gelisah. Dikatakan lagi yang rupa patung Pupa sering berubah apabila dipandang dalam dalam tempoh yang lama. Pernah sekali patung berhantu ini mengetuk bekas kaca kerana kononnya ia berasa kesunyian.

Nota penulis: Patung Pupa masih misteri. Namun perubahan riak wajah patung atau manusia memang boleh kelihatan seperti berubah walaupun hakikatnya sebaliknya jika dipandang dengan cukup lama. Anda boleh uji sendiri dengan memandang wajah anda di cermin tanpa mengelip atau menggerakkan mata.

7. Patung Mandy.
patung mandy berhantu
sumber gambar
Mandy adalah patung berupa bayi yang diperbuat daripada porselin. Mandy dibuat sama ada di England atau Jerman di antara tahun 1910 dan 1920. Mandy telah dimiliki oleh seorang oleh seorang wanita selama bertahun-tahun yang mendakwa dia boleh mendengar patung tersebut menangis di ruang bawah tanah tempat ia disimpan pada waktu tengah malam.

Mandy kemudian didermakan oleh wanita itu kepada sebuah muzim iaitu Muzium Quesnel di British Columbia pada tahun 1991. Di situ, Mandy terus menyebabkan kerosakan dan masalah kepada pekerja-pekerja. Orang-orang yang mengunjung mendakwa makanan dan barang-barang lain milik mereka sering kali hilang. Barang-barang tersebut kemudian akan dijumpai di tempat lain di bangunan itu.

Pekerja muzium juga mendakwa Mandy tidak boleh dipamerkan bersama patung-patung yang lain kerana ia akan menolak patung lain atau menyebabkan tempat ia dipamerkan bersepah. Disebabkan itu, Mandy terpaksa dipamerkan di dalam bekas pamerannya sendiri jauh daripada patung-patung lain. Menurut para pengunjung, Mandy kononnya pandai berkelip atau mengekori pergerakan pengunjung.

Dikatakan Mandy sukar untuk digambar atau dirakam kerana akan menyebabkan kamera tidak dapat berfungsi dengan betul. Akibatnya, banyak gambar yang diambil tidak dapat dihasilkan atau rosak.

8. Barbie Pulau Ubin.
patung barbie pulau ubin
sumber gambar
Pulau Ubin adalah sebuah pulau yang terletak di kepulauan Singapura. Pada tahun 1914, tentera British menyiasat pasangan dari Jerman yang tinggal di Pulau Ubin kerana mengesyaki mereka sebagai pengintip. Pasangan suami isteri tersebut telah dikejar dan diberkas namun anak perempuan mereka berjaya melarikan diri. Malangnya, dia tergelincir dari sebuah tebing dan maut. Penduduk tempatan telah membina sebuah monumen untuk memperingati gadis itu di Pulau Ubin. Sebuah mezbah porselin dikatakan untuk menyimpan rambut gadis itu dan juga salib peribadi.

Tidak lama selepas monumen dibina, seorang lelaki dari Pulau Ubin mendapat mimpi mengenai seorang kanak-kanak perempuan membawanya ke sebuah kedai mainan. Di dalam mimpi itu, kanak-kanak itu menunjuk sebuah patung barbie yang dipamerkan di kedai itu. Lelaki itu bermimpi perkara yang sama selama tiga malam berturut-turut. Lama-kelamaan, lelaki itu akhirnya melawat kedai yang sering dilihatnya di dalam mimpi. Dia terkejut kerana mendapati sebuah patung barbie yang dipamerkan di tempat sama seperti di dalam mimpinya. Dia kemudian membeli patung itu dan meletakkannya di sebuah kuil. Ketika itu, lelaki tersebut merasakan roh gadis itu telah berpindah ke patung barbie tersebut dan menemui ketenangan.

Pada hari ini, penduduk tempatan dan pengunjung luar akan melawat patung tersebut. Mereka biasanya membawa barang ke kuil itu untuk dihadiahkan atas harapan roh gadis itu akan memberikan mereka kesihatan dan nasib yang baik.

Itulah lapan patung berhantu dari pelbagai negara. Ada di antara patung ini menyeramkan dan ada juga yang tidak. Walaubagaimanapun, jika anda ditawarkan patung yang dipercayai berhantu, anda dinasihatkan untuk tidak menerimanya.

Kredit: wikipedia

<KLIK SINI UNTUK KONGSIKAN KE FACEBOOK>