Tuesday, 6 October 2015

Kisah Sebenar Patung Annabelle

patung annabelle
Mesti ramai di antara anda yang sudah menonton filem The Conjuring dan Annabelle sambil tutup muka. Tapi tahukah anda cerita sebenar
patung hantu Annabelle yang menjadi watak seram dalam filem Annabelle dan The Conjuring?

Annabelle adalah sebuah patung Raggedy Ann terpakai yang dibeli oleh ibu Donna, seorang pelajar kolej, dari kedai barangan terpakai. Donna ketika itu adalah seorang pelajar kolej dan tinggal di sebuah pangsapuri bersama kawannya, Angie.

Pada mulanya, mereka menyangka tiada sesuatu yang pelik pada Annabelle sehinggalah Annabelle disedari mula berpindah dari tempatnya sendiri tapi masih belum dianggap serius.

Pergerakan Annabelle semakin bertambah dan dalam beberapa minggu, Annabelle seperti boleh beralih sendiri sepenuhnya. Donna dan Angie akan meninggalkan pangsapuri mereka dan meninggalkan Annabelle di katil Donna. Bila pulang, mereka akan mendapati Annabelle berada di sofa.

Rakan mereka Lou benci patung tersebut. Dia rasa ada sesuatu  yang tidak kena dengan patung tersebut, seperti sesuatu yang jahat, tetapi Donna dan Angie adalah gadis zaman moden. Mereka tidak percaya akan perkara sedemikian. 'Pasti ada penjelasan' menjadi alasan mereka.

Patung hantu, Annabelle mula menjadi-jadi. Donna mula menjumpai kertas-kertas jenis lama yang biasanya diperbuat daripada kulit binatang atau kulik kayu (parchment paper) yang tertulis "Help Us" (bantu kami) atau "Help Lou" (bantu Lou). Lebih menyeramkan, tiada seorang pun di rumah yang memiliki kertas seperti itu.

Satu malam, Donna pulang ke rumah dan menjumpai Annabelle di katilnya, dengan darah ditangan. Darah atau sejenis cecair merah tersebut kelihatan seperti keluar dari patung itu sendiri.


Akhrinya, Donna setuju untuk mendapatkan jawapan. Mereka mendapat tahu (mungkin mereka melakukan kajian atau melalui 'komunikasi' dengan patung Annabelle), kononnya terdapat sebuah padang di tempat pangsapuri mereka sebelum ia dibina dahulu...

Seorang gadis berusia 7 tahun bernama Annabelle Higgins ditemui mati di padang tersebut namun rohnya masih kekal. Apabila patung ranjau tu masuk ke rumah, roh Annabelle terlekap atau bersatu dengan patung tersebut. Annabelle mendapati Donna dan Angie boleh dipercayai. Dia hanya ingin tinggal dan selamat dengan mereka.

Donna dan Angie memang jenis yang manis dan lembut. Hal ini kerana mereka berdua adalah pelajar dalam jurusan kejururawatan. Mereka bersetuju untuk mengizinkan Annabelle tinggal bersama mereka.

Lou mula mengalami mimpi buruk, mimpi Annabelle berada di katilnya, memanjat kakinya ketika dia tidak dapat bergerak, gelongsor atas dada ke leher dan mencekiknya. Lou kemudian akan terbangun ketakutan, kepala berdenyut seperti darah tidak mengalir ke kepalanya. Dia risau akan Donna dan Angie.

Beberapa hari kemudian, Lou dan Angie keluar bersama. Ketika mereka merancang sesuatu aktiviti (jalan jauh atau tengok perlawanan sukan di stadium/dewan /road trip), mereka terdengar bunyi seseorang sedang berjalan di dalam bilik Donna. Mereka terkejut dan tidak tergerak. Adakah ada orang pecah masuk?, adakah ada penceroboh di pangsapuri tersebut?

Lou merangkak ke pintu bilik Donna sambil memasang telinga. Dia kemudian membuka pintu dan mendapati semuanya seperti dalam keadaan asal kecuali..........patung Annabelle berpindah dari katil dan duduk di sudut.

Ketika Lou mendekati Annabelle, dia merasa bulu tengkuknya berdiri, perasaan seperti sedang dilihat mula terasa. Tetapi, tiada sesiapa di dalam bilik kecuali Lou dan Annabelle. Tiba-tiba, Lou berasa sakit di dadanya. Dia melihat ke dalam bajunya dan mendapati terdapat kesan cakaran di dagingnya. Lou tahu, ia adalah kerja Annabelle.

Tanda cakaran yang aneh tersebut mula sembuh hampir serta merta. Ia kemudian hilang dalam masa dua hari. Ia tidak seperti luka yang mereka pernah lihat sebelumnya. Mereka sedar, mereka memerlukan lebih bantuan dan memanggil seorang paderi Episcopalian yang kemudian memanggil Ed dan Lorraine Warren.

Ed dan Lorraine tidak mengambil masa yang lama untuk memberi kesimpulan: tiada hantu dalam kes tersebut. Ia adalah roh yang tidak berperikemanusiaan, syaitan yang bersama patung Annabelle. Tetapi, mereka memberitahu patung Annabelle tidak dirasuk kerana syaitan tidak merasuk benda, hanya orang sahaja. Syaitan berpaut pada patung Annabelle, memanipulasikannya, atas tujuan memberi tanggapan dihantui. Sasarannya memang benar-benar roh Donna.

Seorang paderi melakukan penghikmatan atau penyucian (exorcism) terhadap pangsapuri tersebut manakala Ed dan Lorraine mengambil patung Annabelle. Mereka letakkan Annabelle di dalam sebuah beg dan mula memandu jauh ke rumah.

Ed setuju untuk menjauhi lebuh raya kerana bimbang syaitan tersebut akan buat hal dengan kereta, dan pada 65 batu per jam akan menyebabkan bencana. Sudah pasti, ketika memandu pulang enjin kerap mati, kuasa stereng kerap gagal, malah brek juga memberi masalah. Ed pun buka beg Annabelle dan merenjiskan patung Annabelle dengan air suci. Gangguan pun akhirnya terhenti...........buat seketika.

Ed meletakkan patung Annabelle di sebelah mejanya; ia mula terapung. Ia berlaku sebanyak dua kali lalu kelihatan seperti mengalah atau berhenti dan akhirnya duduk diam.

Dua minggu kemudian, Annabelle mula kembali ke helah lamanya. Dia mula muncul di bilik yang berbeza di rumah Ed dan Lorraine Warren. Menyedari Annabelle kembali menganggu keluarga Warren, mereka memanggil seorang paderi Katolik untuk menghalau syaitan dari patung Annabelle.

Paderi tersebut tidak mengambil serius. Dia memberitahu Annabelle, "kau hanya sebuah patung. Kau tidak boleh cederakan sesiapa!". Ia ialah satu kesilapan yang besar. Ketika dalam perjalanan pulang, brek kereta paderi tersebut gagal berfungsi menyebabkan dia kemalangan. Dia selamat.

Lama kelamaan, Ed dan Lorraine Warren membina sebuah peti berkunci untuk Annabelle dan ia berada di sana sehingga hari ini. Peti berkunci tersebut nampaknya dapat menghalang Annabelle daripada bergerak. Tetapi, apa saja entiti jahat yang berada pada patung Annabelle masih di sana dan menunggu. Menanti masanya. Bersedia untuk hari ia boleh kembali bebas.

KLIK Untuk Kongsikan Artikel Ini di Facebook


sumber gambar : historyvshollywood.com