Patung Okiku adalah antara patung yang paling misteri di dunia kerana rambutnya yang kerap memanjang.
Walaupun agak mistik dan misteri, namun patung Okiku tidak begitu 'kejam' jika dibandingkan seperti patung Annabelle dan Robert si Patung ....tapi sebenarnya, memang tidak kejam pun.......buat masa ini.
Walaupun tidak pernah menyerang sesiapa, misteri patung Okiku telah memberi banyak tanda tanya dan persoalan kerana patung ini seperti 'hidup' atau 'bernyawa'.
Mari kita baca sejarah atau kisah sebenar patung Okiku....
Patung Okiku adalah sebuah patung berukuran 40cm yang dipakaikan Kimono. Patung tersebut dinamakan "Okiku" sempena nama seorang kanak-kanak perempuan yang bernama "Okiku".
Patung Okiku pada mulanya dibeli pada tahun 1918 oleh seorang lelaki berusia 17 tahun (ketika itu) yang bernama Eikichi Suzuki.
Patung Okiku dibeli olehnya di sebuah kedai yang dipanggil, Tanuki-koji, antara kedai yang terkenal di Sapporo - ketika Eikichi melawat Sapporo untuk pameran marin.
Eikichi membeli patung itu untuk adik perempuannya yang berusia dua tahun (ketika itu) yang bernama Okiku. Sudah tentu, Okiku suka dan sayang patung tersebut dan bermain dengannya setiap hari.
Namun, Okiku telah jatuh sakit pada tahun kemudiannya dan meninggal dunia. Patung Okiku pula diletakkan di sebuah 'altar' di mana keluarga Suzuki bersembahyang padanya.
Suatu hari, keluarga Suzuki mendapati patung Okiku seperti hidup apabila rambut patung tersebut semakin bertambah panjang. Mereka menganggap roh Okiku telah berada di patung itu membuatkannya seperti bernyawa.
Pada tahun 1938, keluarga Suzuki berpindah ke Sakhalin manakala patung Okiku disimpan di kuil Mannenji di pekan Iwamizawa, Hokkaido. Di sanalah patung Okiku berada sehingga ke hari ini.
Rambut patung Okiku pula masih memanjang sehingga sami-sami di kuil itu terpaksa memotongnya. Misteri patung Okiku pula masih belum diketahui tetapi sebuah kajian saintifik yang pernah dilakukan terhadap rambut patung Okiku dahulu menyatakan rambut patung Okiku itu mirip dengan rambut kanak-kanak kecil.
Credits to : pinktentacle.com
Image Source : www.blumhouse.com [via Google Image]