Saturday, 6 June 2015

Kisah Patung Hantu - Robert Si Patung

patung robert
Lewat 1800an, seorang lelaki bernama Thomas Otto berpindah bersama keluarganya ke sebuah rumah
agam yang kini dikenali sebagai Rumah Artis (Artist House) di sudut jalan Eaton dan Simonton di Key West, Florida (USA). Keluarga Otto dikenali sebagai keluarga yang sangat tegas dengan orang gaji mereka dan kekadang, mendera mereka.

Mereka mengupah seorang wanita untuk menjaga anak lelaki mereka, Robert. Suatu hari, Puan Otto kononnya telah menyaksikan wanita ini melakukan amalan ilmu hitam di belakang rumah mereka lalu memecatnya.
Sebelun wanita ini meninggalkan mereka, dia telah memberi Robert sebuah patung yang kelihatan agak hidup bertinggian 3 kaki, bermata butang, berambut manusia (dipercayai milik Robert) dan penuh dengan jerami.
Patung-patung yang menyerupai kanak-kanak tidak didengari pada masa kini, tapi yang ini, terbukti yang istimewa. Robert menamakan patung itu 'Robert', sempena namanya dan sering memakaikan Robert (si patung) pakaiannya. Robert, si patung lanjioo menjadi temannya yang boleh dipercayai. Dia membawa Robert (si patung jilake) ke pekan untuk membeli belah. Robert (si patung) juga akan duduk di meja makan di mana Robert akan memberinya makan senyap-senyap jika ibu-bapanya tidak memandang. Robert (si patung) akan diletakkan di katil bersama Robert pada waktu malam. Tidak lama kemudian, hubungan ini mula menjadi aneh.
 Tak lama kemudian lagi, Robert memutuskan untuk dipanggil Gene, nama tengahnya setelah dimarahi oleh ibunya. Dia memberitahu 'Robert' adalah nama patung tersebut, bukan namanya. Gene sering didengari berbual bersama Robert di bilik mainannya. Gene akan berkata sesuatu dengan cara keanak-anakan dan respon boleh didengari dengan suara yang jauh lebih rendah. Kekadang Gene akan berasa sangat gelisah, merisaukan orang-orang gaji dan ibunya.

Objek-objek isi rumah akan ditemui terbuang di seluruh bilik, mainan-mainan Gene menjadi rosak atau cacat dan ketawa kecil kedengaran. Bila perkara ini berlaku, Gene selalu cakap "Robert yang buat!". Tetapi. Gene jugalah yang dihukum namun sentiasa bertegas ia adalah salah Robert. Kerosakan ini semakin menjadi-jadi dan banyak orang gaji berhenti kerja dan yang baru diambil bekerja. Saudara-mara keluarga Otto berasa sudah tiba masanya untuk melakukan sesuatu. Atas saranan seorang kakak/adik nenek Gene, ibu-bapa Gene menyimpan Robert si patung lanjioo di dalam kotak dan menyimpannya di loteng. Di sinilah patung jilake itu tinggal selama bertahun-tahun.
Selepas kematian ayahnya, iaitu Thomas Otto, Gene mengkehendaki rumah zaman kanak-kanaknya. Dia memutuskan untuk tinggal di rumah agam itu bersama isteri barunya. Gene telah menjadi seorang artis, dan merasa rumah itu luas dan akan menyediakan tempat untuk dia melukis. Dia pergi ke loteng dan membersih habuk mainan zaman kanak-kanaknya yang dia telah terjumpa.(patung lanjioo tu lah). Dia menjadi tertarik dengan patung itu walaupun isterinya tidak berpuas hati. Gene akan bawa Robert si aleh utoo itu bersama ke mana sahaja mereka pergi. Ia juga akan duduk di kerusi kecil kegemarannya sementara Gene dan isterinya tidur berdekatan. Bilik turet menjadi tempat Gene selepas isterinya memindahkan semula Robert si patung lanjioo ke loteng. Rumah tangga mereka semakin teruk dan isteri Gene kononnya menjadi gila dan meninggal dunia dengan sebab yang tidak diketahui. Gene juga meninggal dunia selepas itu.
Kononnya Robert akan menyerang orang, kadang-kadang mengunci mereka di loteng. Orang-orang yang lalu-lalang mendakwa terdengar ketawa kejam dari Bilik Turet. Untuk beberapa masa, Robert kekal di rumah itu seorang diri sehinggalah sebuah lagi keluarga lain membeli rumah agam itu dan mengubah suai rumah itu. Robert sekali lagi disimpan ke loteng tetapi selalu dijumpai di seluruh rumah agam itu. Pada satu malam tertentu, Robert ditemui di kaki katil pemilik rumah itu sambil berketawa kecil. Ini sudah cukup untuk membuatkan mereka melarikan diri dari rumah itu.
Robert kemudian dipindahkan ke Muzium East Martello di Key West, di mana ia duduk bertenggek di dalam sebuah kotak kaca. Walaupun di tempat baru, Robert dipercayai tidak berhenti dengan perbuatan mengancamnya. Pelawat dan pekerja-pekerja mendakwa mereka pernah nampak Robert si patung lanjioo bergerak sendiri. Senyumannya telah diketahui berubah ke pandangan marah. Ada seorang pekerja sudah membersihkan Robert, lalu menutup semua lampu dan meninggalkan muzium kerana hari sudah malam.
Keesokannya, dia kembali dan mendapati lampu-lampu itu terpasang. Robert dalam posisi berbeza dari malam ia dibersihakan dan terdapat habuk-habuk baru di kasutnya. Ada yang mengatakan, Robert juga akan menyumpah anda. Jika anda ingin mengambil gambarnya, kenalah meminta kebenarannya secara sopan. Ia akan menganggukkan/menggerakkan kepalanya tanda membenarkan. Tetapi, jika tidak dan anda tetap mengambil gambarnya, sumpahan akan terkena kepada anda dan sesiapa sahaja yang menemani anda ke muzium itu. Perkara sama akan terjadi jika anda mempermainkannya.
Sehingga hari ini, Robert kekal di Muzium East Martello dengan berpakaian kelasi dan memegang singa patung, meneruskan perbuatan mengancamnya....
Sumber: http://goo.gl/PTRZdj
sunber gambar : slate.com