Thursday, 4 May 2017

Cerita Sebenar Hantu Kum Kum

cerita sebenar hantu kum kum
Walaupun ia dipanggil "Hantu Kum Kum", Kum Kum sebenarnya bukanlah hantu (atau mungkin ya bagi sesetengah masyarakat). Hantu Kum Kum sebenarnya wanita biasa yang mengamalkan amalan sihir. Asal-usul hantu ini berbeza-beza mengikut tempat. Namun, hampir semua mengatakan ia daripada seorang wanita yang terlanggar pantang ketika mengamalkan ilmu sihir untuk mencantikkan wajah.

Hantu Kum Kum berbeza dengan hantu-hantu lain seperti pontianak, hantu bangkit, balan-balan atau penanggal kerana makhluk mitos ini hanya muncul di era 80an (atau mungkin lebih lama) sedangkan kebanyakan makhluk mitos paranormal di negara kita ada yang mencecah ratusan tahun kewujudan ceritanya.

<Klik Untuk Kongsi Ke Facebook>

Menurut sesetengah masyarakat, hantu Kum Kum adalah seorang wanita yang berwajah buruk akibat terlanggar pantang seperti yang dinyatakan di perenggan pertama. Akibatnya, dia terpaksa merayau seluruh kampung untuk mencari darah daripada kemaluan perempuan (atau haid) sebagai cara untuk menghentikan sumpahan seperti mana yang dikatakan oleh gurunya.

Namun, ada juga sesetengah masyarakat mengatakan cerita sebenar makhluk misteri ini berpunca daripada hal yang sama namun sebab dia menyerang penduduk kampung bukan untuk menghentikan sumpahan sebaliknya hanya untuk memuaskan nafsunya yang mendahagakan darah.

Dikatakan Kum Kum juga hanya menyerang mangsa untuk mendapatkan darahnya. Darah tersebut akan dijilat melalui jari-jarinya namun ada juga mengatakan Kum Kum akan mengopek kulit wajah mangsa kononnya sebagai cara atau bahan untuk menghentikan sumpahan yang dialaminya.

<Klik Untuk Kongsi Ke Facebook>

Selain itu, hantu Kum Kum dipanggil "Kum Kum" kerana dia dikatakan akan memberi salam berbunyi "kum kum" di rumah mangsanya. Dikatakan juga hantu ini sering mengenakan jilbab atau niqab. Namun ada juga yang memberi gambaran Kum Kum dengan pakaian tradisional Melayu dengan kain batik sebagai tudung. Tidak dinafikan juga gambaran Kum Kum sebagai seorang gadis yang cantik namun berubah menjadi hodoh ketika waktu senja atau malam.

Walaubagaimanapun, cerita sebenar Hantu Kum Kum hanyalah untuk menakut-nakutkan kanak-kanak sahaja seperti mana cerita hantu kopek. Boleh jadi juga ia bertujuan agar penduduk kampung rajin mengunci pintu ketika malam hari sebagai langkah keselamatan.

Namun, dari penelitian secara ilmiah, cerita hantu Kum Kum mula tersebar sekitar 1980an, ketika kebangkitan kesedaran semula Islam khusunya di semenanjung Malaysia. Ketika itu, para pemudi mengenakan pakaian yang menutup aurat seperti berhijab tetapi tidak disenangi oleh mereka yang memakai skirt dan seksi. Oleh itu, wujudlah ceria hantu Kum Kum sebagai sindiran kepada mereka yang berhijab.

<Klik Untuk Kongsi Ke Facebook>

Boleh jadi juga supaya trend memakai hijab ketika itu tidak tersebar namun jelas sekali usaha mereka gagal. Hantu Kum Kum juga kembali popular apabila kumpulan ajaran sesat, al-Arqam mula aktif di Malaysia yang mana kaum wanita daripada kumpulan ini dilihat memakai purdah.

Sehingga kini, misteri hantu Kum Kum belum terjawab. Ada yang mendakwa pernah terserampak dengannya, ada yang mendakwa sebaliknya. Namun, jika ada, ia mungkin jin atau syaitan yang menggunakan ketakutan manusia sebagai alat untuk memperbodohkan manusia. Boleh jadi juga manusia bodoh yang sengaja menakut-nakutkan penduduk. Tetapi, jika benar pun Kum Kum wujud, ketahuilah dia hanyalah manusia yang disumpah menjadi hodoh dan mengerikan. Bermakna, anda mungkin ada kekuatan untuk melawannya.

sumber gambar : semut-senyum.blogspot.com

 <Klik Untuk Kongsi Ke Facebook>