Jerangkung adalah sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu yang berkemungkinan dari golongan jin atau syaitan. Jerangkung boleh dipelihara untuk kepentingan diri termasuk menganiaya orang lain.
Jerangkung juga boleh merasuk mangsanya dan menjadikannya menderita. Jerangkung biasanya dipelihara dengan tujuan untuk membantu pemiliknya melindungi diri atau untuk memusnahkan musuh.
Untuk mendapatkan jerangkung, pemelihara biasanya akan membeli atau memuja jerangkung. Secara umum, jerangkung yang dipelihara akan patuh kepada tuannya selagi ia dijaga dengan baik. Jika sebaliknya, jerangkung akan menghisap darah atau membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik jerangkung tersebut.
Sekiranya jerangkung tidak lagi diperlukan, pemilik jerangkung perlu mendapatkan tuan pengganti atau menghantar jerangkung tersebut balik ke tempat ia dibeli atau dibuang. Biasanya, dihanyutkan dengan acak ke dalam sungai.
Credits : wikipedia
Nantikan, Cerita Sebenar Hantu Jerangkung di Lebuhraya Karak .