Thursday, 3 March 2016

Asal-Usul dan Sejarah Papan Ouija

asal usul papan ouija
Papan Ouija atau lebih dikenali sebagai Ouija Board adalah sebuah papan yang digunakan sebagai medium permainan memanggil dan berkomunikasi dengan roh.

Asal-usul dan sejarah bermulanya permainan ini sejak pertama kali tidak diketahui tetapi kebanyakan orang percaya ia sudah wujud dalam 500 tahun sebelum masihi.

Begitu juga dengan papan Ouija, tiada siapa tahu siapakah pencipta sebenarnya tetapi dikatakan adalah Elijah Bond memandangkan namanya tertulis sebagai pencipta dalam dokumen paten yang asal. Mungkin juga Charles Kennard.

Charles Kennard bersama-sama Kennard Novelty Company (Syarikat Kebaharuan Kennard) mendapat paten pada 10 Februari 1891 dan menamakannya "Ouija", mendakwa ia adalah sempena perkataan "semoga bertuah" dalam Bahasa Mesir.

Kennard sudah memproduksi papan Ouija sejak tahun 1890 lagi. Ia dijual pada harga $1.50 dan ketika itu ia dihasilkan menggunakan papan.

Setahun kemudian, seorang lelaki yang bekerja untuk Kennard Novelty Company, William Fuld mengambil alih perniagaan Ouija. Dia dan rakan kongsinya, Isaac berjaya menjual papan Ouija dalam jumlah yang banyak.

Kennard Novelty Company pula ditukar namanya menjadi Ouija Novelty Company. Apabila Isaac dipecat dan membuka kedainya sendiri, nama syarikat ini ditukar menjadi William Fuld Company.

Fuld kemudian mendapat hak terhadap semua papan Ouija dan mendakwa, perkataan "Ouija" adalah gabungan perkataan "ya" dari Bahasa Peranchis dan Bahasa Jerman. Fuld meninggal dunia pada tahun 1927 dan perniagaan papan Ouija diambil alih oleh anak-anaknya.

Perniagaan mereka diteruskan sehinggalah mereka bersara dan hak Ouija dijual kepada Parker Brothers pada tahun 1966.

Parker Brothers menghasilkan papan Ouija menggunakan papan, kemudian kertas yang ditekan ketat, kemudian kadbod. Sekarang, papan Ouija yang diperbuat daripada kayu hanya dihasilkan oleh tukang-tukang tertentu.

Parker Brothers mendapat keuntungan kerana rakyat Amerika memang tertarik akan perkara-perkara mistik pada era 60an.

Pada era 80an hingga 90an, berbagai versi papan Ouija dihasilkan termasuk yang boleh menyala di dalam gelap. Hal ini bertujuan untuk menghilangkan prasangka bahawa Ouija memang permainan yang memanggil roh.

Parker Brothers kini sebahagian daripada Hasbro semenjak tahun 1991.

Setakat ini, masih tiada yang mengetahui hal sebenar permainan papan Ouija. Begitu juga dengan maksud "Ouija". Namun, menurut pengalaman daripada orang-orang tertentu, ia tidak layak dipanggil 'permainan'.

Sumber dan Rujukan : zohrala.com , metrotvnews.com , wikipedia

Sumber gambar : crystalinks.com [via Google Search Images]