Hantu Raya adalah makhluk paranormal yang popular di dalam budaya Melayu. Hantu Raya dikatakan hantu yang sangat berkuasa dan kononnya hantu yang paling kuat atau atas. Makhluk seram ini biasanya dibela atau dipelihara oleh pengamal ilmu hitam atas pelbagai tujuan seperti meningkatkan pendapatan, pelindung, kekuatan dan sebagainya.
Walaupun dinamakan "Hantu Raya", hantu ini tiada sebarang kaitan dengan Hari Raya Aidilfitri. Ia dinamakan "raya" kerana kekuatan makhluk ini yang besar, kuat, gagah dan besar dari segi saiz.
Dikatakan hantu raya adalah ketua segala hantu dan merupakan pemimpin angkatan alam ghaib menjadikan siapa sahaja yang bersekutu dengannya akan menjadi sangat kuat dan berkuasa. Walaubagaimanapun, apabila majoriti bangsa Melayu memeluk agama Islam, hantu raya tidak lagi dianggap hantu tetapi jin atau syaitan yang menjelma sebagai hantu raya. Jin dan syaitan lebih kuat daripada manusia tetapi tidak sebijak manusia.
<Kongsikan Artikel Ini Ke Facebook>
Zaman dahulu, kaum Melayu belum lagi menerima ajaran Islam. Ketika itu, kepercayaan dan agama kaum Melayu adalah berlandaskan spiritual yang bercampur-baur dengan animisme, hindu dan buddha. Dalam kes ini, amalan membela Hantu Raya sudah lama wujud semenjak generasi lama dan diteruskan melalui waris sehinggalah pertengahan abad ke-20.
Daripada pelbagai cerita seram mengenai hantu raya, pasti hampir semuanya berkongsi jalan cerita yang sama di mana seorang pengamal ilmu hitam membela atau memelihara makhluk ini atas tujuan tertentu. Namun, membela Hantu Raya bukan mudah. Pengamal ilmu hitam yang membela hantu ini hendaklah rajin memberikannya makanan sebagai penyembahan. Makanan penyembahan kepada Hantu Raya biasanya adalah pulut kuning, telur ayam, ayam panggang dan darah daripada ayam panggang tadi. Ada juga yang memberinya darah haiwan sebagai penyembahan.
<Kongsikan Artikel Ini Ke Facebook>
Sebagai balasan, Hantu Raya ini kononnya akan membawa tuah kepada pemilik seperti pendapatan yang banyak, kekuatan yang luar biasa, perlindungan daripada musuh dan lain-lain.
Tetapi, jika tidak diberi penyembahan, makhluk ini akan menyerang sang pemilik membuatkan pemilik menjadi sakit, gangguan paranormal di kalangan keluarga pemilik bahkan ada yang menyebabkan kematian. Pemilik Hantu Raya juga hendaklah mewariskan makhluk ini kepada generasi yang baru. Dikatakan jika tidak diwariskan, Hantu Raya akan merayau-rayau di seluruh kampung sekali gus menyebabkan gangguan kepada orang lain. Ada juga kes di mana pemilik harus mewariskannya atau akan jatuh sakit jika yang tidak dapat diubat namun dalam masa yang sama mengalami kesukaran untuk meninggal dunia menyebabkan pemilik terseksa dan menyusahkan orang lain.
Tidak dinafikan ada pemilik yang tidak mewariskannya jatuh sakit sehingga mati namun kelihatan masih hidup kerana tubuhnya sudah diduduki oleh Hantu Raya.
Hantu Raya juga pandai menyamar menyerupai pemiliknya. Dikatakan dia akan menjelma menyerupai pemiliknya dan merayau seluruh kampung untuk menganggu manusia dan mencari makanan terutama jika si pemilik gagal mencari pewaris.
Membela Hantu Raya sangatlah tidak digalakkan dan dilarang oleh ajaran agama-agama tertentu seperti Islam dan Kristian. Mereka yang membela hantu ini biasanya tidak hidup aman dan menyusahkan ahli keluarga yang lain. Ada beberapa kes kelahiran bayi yang sudah mati atau keguguran. Namun, kaitannya dengan makhluk ini belum diketahui memandangkan perubatan zaman dahulu tidak setaraf zaman sekarang.
<Kongsikan Artikel Ini Ke Facebook>
Menurut cerita rakyat, mereka yang membela hantu raya akan memberi tanda-tanda tertentu. Antara tanda-tanda orang membela hantu raya ialah takut bertentangan mata, memiliki tenaga yang luar biasa walaupun di usia yang tua, kerap membawa berpuluh-puluh telur, dipatuhi dalam mesyuarat, mempunyai tenaga batim yang tinggi dan kerap melakukan hubungan seksual.
Kononnya, Hantu Raya juga akan meniduri isteri pemilik dengan menjelma sebagai dirinya atau merasuki badan pemilik tanpa diketahui oleh isteri.
Sekali lagi diingatkan, membela Hantu Raya sangatlah dilarang oleh sesetengah agama seperi Kristian dan Islam. Malah, ia sangat merugikan dan menyusahkan menjadikan hidup anda tidak tenteram sehingga di saat-saat akhir. Jangan sesekali membela Hantu Raya!
sumber gambar : www.cinema.com.my
p/s: Gambar hanya sebagai hiasan.
<Kongsikan Artikel Ini Ke Facebook>