Wednesday, 3 May 2017

Kisah Sebenar Patung Chucky a.k.a Robert the Doll

kisah cerita sebenar patung chucky robert the doll
Chucky adalah sebuah watak dari filem seram Chucky yang menjadi mimpi ngeri kanak-kanak yang pernah menonton filem ini. Namun, tahukah anda patung Chucky sebenarnya berdasarkan patung sebenar yang juga tidak kalah seram dan berhantu? Patung yang dimaksudkan adalah Robert The Doll.

Dikatakan Robert The Doll adalah patung berpuaka yang kini berada di sebuah muzium. Dikatakan patung ini juga ada sumpahannya yang boleh mengakibatkan seseorang mati atau ditimpa malang. Jom teruskan membaca untuk mengetahui asal-usul patung ini.

Pada lewat tahun 1800an, seorang lelaki iaitu Thomas Otto dan keluarganya berpindah ke sebuah rumah agam di jalan Eaton dan Simonton di Key West, Florida, Amerika Syarikat. Dikatakan keluarga ini sangat tegas dan dikatakan kasar dengan orang gaji mereka sehingga kadangkala mendera mereka.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Robert dan telah mengupah seorang wanita untuk menjaganya. Namun, wanita ini terpaksa dipecat setelah Puan Otto telah ternampak wanita ini melakukan perbuatan ilmu hitam di belakang rumah mereka. Sebelum wanita itu pergi, dia telah memberi Robert sebuah patung jerami bertinggian 3 kaki, bermata butang dan berambut manusia yang mana dipercaya milik Robert Otto.

<Klik Untuk Kongsi Ke Facebook>

Robert menamakan patung itu "Robert" iaitu sempena namanya dan sering memakaikan patung itu pakaiannya. Patung ini dikatakan menjadi temannya yang dipercayai dan sering membawanya ke pelbagai tempat. Dia juga akan memberikan patung itu makanan secara senyap-senyap ketika sedang makan bersama keluarga jika tidak diperhatikan.

Hubungan mereka mula menjadi pelik. Robert tidak lagi ingin dipanggil "Robert" sebaliknya "Gene" kerana "Robert" sudah menjadi nama patung itu. Gene adalah nama tengahnya bermakna, nama penuh Gene adalah Robert Gene Otto.

Gene sering didengari berbual bersama Robert di bilik mainannya. Gene akan berkata sesuatu kepada Robert dan suara respon dari seseorang yang misteri boleh didengari. Dikatakan Gene akan menjadi sangat gelisah membuatkan ibunya dan orang-orang gaji berasa bimbang.

<Klik Untuk Kongsi Ke Facebook>

Semakin hari semakin pelik. Barang-barang isi rumah akan ditemui bersepah di seluruh bilik dan mainan-mainannya menjadi rosak atau cacat. Mereka juga boleh mendengar tawa kecil. Bila hal ini berlaku, Gene sering berkata, "Robert yang buat!". Namun, siapalah juga mempercayainya? Budak kecil menuduh patung? Akhirnya, Gene jugalah dihukum namun tetap mengatakan ia adalah salah Robert.

Kejadian semakin menjadi dan kerosakan semakin teruk. Ramai orang gaji meletakkan jawatan dan diganti dengan orang gaji yang baru. Saudara-mara Otto rasa sesuatu tindakan harus diambil. Saudari (kakak atau adik) kepada nenek Gene menyarankan agar patung Robert disimpan di dalam loteng. Ibu-bapa Gene akur dan dan meletakkan di dalam sebuah kotak sebelum diletakkan di loteng rumah.

Beberapa tahun kemudian, Thomas Otto meninggal dunia. Gene yang sudah berisiteri pula menginginkan rumah lama tersebut dan berpindah ke sana. Ketika ini, Gene sudah menjadi seorang artis seni. Saiz rumah tersebut yang cukup luas sudah tentu akan memberikannya ruang untuk melukis.

<Klik Untuk Kongsi Ke Facebook>

Namun, Gene telah melakukan satu kesilapan apabila dia naik ke loteng dan membersihkan mainan-mainan lamanya yang sudah berhabuk. Di situ, dia telah berjumpa kembali bersama Robert, patung yang pernah memberi bala kepada keluarganya ketika dia masih kecil. Entah kenapa Gene menjadi tertarik dengan Robert sedangkan isterinya sebaliknya. Malah, dia akan membawa patung itu ke mana sahaja sehingga membenarkannya duduk di kerusi kecil kegemarannya ketika dia dan isterinya tidur berhampiran.

Gene juga telah meluangkan banyak masa di bilik turet. Dikatakan hubungan Gene dan isterinya agak renggang. Konon isterinya telah menjadi gila dan meninggal dunia tanpa sebab yang pasti. Gene juga menghembuskan nafas terakhirnya tidak lama kemudian.

Menurut cerita, Robert pernah menyerang orang lain. Malah, ada yang sampai dikunci di dalam loteng. Orang yang melalui kawasan rumah lama keluarga Otto mendakwa pernah terdengar suara aneh yang berbunyi seperti tawa kejam dari bilik turet.

Suatu hari, sebuah keluarga lain telah membeli rumah agam itu dan berpindah ke sana. Sekali lagi, Roberti disimpan di loteng rumah namun sering dijumpai di tempat lain. Kelakuannya agak sama seperti patung Annabelle. Akhirnya, keluarga itu terpaksa berpindah apabila Robert dijumpai berada di kaki katil pemilik rumah itu sambil berketawa kecil.

Lama-kelamaan, Robert akhirnya dipindahkan ke sebuah muzium di Key West iaitu Muzium East Martello, di mana patung ini duduk di dalam sebuah kotak kaca. Tetapi, Robert masih menghantui. Ada beberapa pelawat dan pekerja muzium itu mendakwa pernah terlihat Robert bergerak sendiri. Senyumannya juga kononnya pernah berubah menjadi reaksi rupa marah.

<Klik Untuk Kongsi Ke Facebook>

Pernah seorang pekerja yang mengalami sendiri pengalaman seram bersama Robert. Dia kononnya sudah membersihkan Robert sebelum menutup semua lampu dan meninggalkan muzium itu. Keesokannya, dia kembali dan mendapati lampu-lampu terpasang dan posisi Robert berbeza dari yang sebelumnya. Dia juga mendapat terdapat habuk atau kotoran baru di kasut patung itu.

Kononnya juga Robert berpuaka dan boleh mengenakan sumpahan kepada seseorang. Jika anda ingin mengambil gambarnya, anda mestilah meminta kebenarannya dengan sopan. Kemudian, ia akan bergerak sedikit tanda membenarkan. Tetapi, jika tidak, anda tidak boleh mengambil gambarnya atau anda akan terkena sumpahan termasuk orang lain yang bersama anda. Anda juga akan terkena sumpahan jika mempermainkannya.

Sumber gambar : slate.com

Artikel ini adalah artikel sama dengan sedikit suntingan dengan artikel Kisah Robert Si Patung.

 <Klik Untuk Kongsi Ke Facebook>